Monday, 20 October 2014

Duhai Jiwa..Duhai Hati.. Duhai Tubuh

BIARLAH RAHSIA
Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku
Membayangkan pahit manis berlalu
Entah siapa yang tahu
Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesakkan
Takkan tugumu kebal
Tiada pertimbangan
[Chorus]
Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi
Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam
Ku putuskan biarlah rahsia

Semakin aku hidup dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata
Bertulangkan dusta
[Ulang chorus]
Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku

Ya Allah, jauhkanlah aku dari kalangan manusia yang zalim & kejam.. 
Harini entah kenapa..
Mendung barangkali..
umpama hati yang kurang keruan.
umpama jiwa yang tiada ketepian.. 

Duhai Hati.. 
Tenanglah kau..
Usah dilihat pada yang buruk..
lihatlah apa yang baik buatmu
kerana Penulisan Allah itu jauh lebih indah buatmu.. 

Duhai Jiwa..
Jika kau ingin merintih..
merintihlah pada yang SATU..
kerna hanya DIA yang memahami apa yang berada di jiwamu.. 

Duhai Tubuh.. 
Usah Bermogok sebegini..
Tahukah kau bahawa aku tidak senang jika sebegini sentiasa
tahukah kau apa yang aku rindukan hanyalah secebis senyuman?
senyuman yang bisa melupakan apa yang sedang berperang dalam jiwa..
Senyuman yang bisa membuat hari2 ku lebih terang dari hari ini..

Ok.. Till then.
Wish me luck..
Untuk mencari kemana perginya erti senyuman :)) 
Chill Ruhana Chill~

Assabru minal Iman :))

SABAR DALAM MENEMPUHI DUGAAN DAN TEKANAN.....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dunia pekerjaan memang memberikan pengaruh yang cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya, satu pertiga daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja.

Tekanan disebabkan pekerjaan merupakan satu masaalah yang ramai dihadapi oleh manusia ianya memberi kesan kepada personaliti dan reaksi tubuh badan dan mental seseorang. Persekitaran pekerjaan memberikan desakan dan tekanan tertentu yang merangsang tindak balas individu secara mental dan fizikal. Ramai manusia mengalami tekanan jiwa dan mental jika tidak diurus dengan sempurna boleh mendatangkan sakit jiwa dan gangguan pemikiran .

Tugas yang terlalu banyak, hubungan dengan rakan sekerja yang tidak baik, ketua yang suka marah-marah dan suasana kerja yang tidak selesa adalah contoh persekitaran kerja yang memberi tekanan negatif. Di tambah pula dengan masalah kesihatan yang dihadapi, masaalah dengan isteri, anak-anak, ibu bapa, saudara-mara, , sahabat-sahabat dalam organisasi dan lain-lain lagi. Tekanan ini seterusnya memberi impak terhadap kesihatan psikologi dan fisiologi seseorang individu sekiranya ia tidak ditadbir dan tidak dikawal dengan metodologi yang tepat.

Banyak implikasi negatif berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal tekanan di tempat kerjanya dan dengan keluarganya. Sifat sabar sudah bertukar menjadi panas baran, murung, gelisah, kelesuan, sentiasa rasa bersalah, ketakutan, dan hilang tumpuan adalah antara kesannya.

Kadang kala, ada dalam kalangan kita yang mencari jalan singkat dan salah dalam mengatasi tekanan seperti ponteng kerja, melakukan masaalah disiplin di tempat kerja, merokok, meminum arak dan sebagainya.

Berlaku juga kes-kes di mana individu yang tertekan di tempat kerja melepaskan tekanan di rumah yang mewujudkan pula masalah rumahtangga seperti pertengkaran dengan pasangan hidup, mendera anak, mendera pembantu rumah dan sebagainya.

Sebagai seorang mukmin, kita perlu sedar bahawa kaedah terbaik menangani tekanan kerja sebegini adalah dengan berpegang erat kepada ajaran dan syariat Islam.

Islam telah menetapkan bahawa seseorang yang menghadapi tekanan dan kesusahan perlulah bersabar, tenang, sentiasa rasional dan yakin dengan ketentuan Allah SWT.

Allah SWT telah memberikan panduan terbaik dalam menangani tekanan sebegini melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 155-156, maksudnya: "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Sahabat yang dimuliakan,
Seorang mukmin dengan ketakwaannya kepada Allah SWT., memiliki kebahagiaan yang hakiki dalam hatinya, maka masaalah apapun yang dihadapinya di dunia ini tidak membuatnya mengeluh atau berdukacita, apalagi berputus asa. Hal ini disebabkan kerana keimanannya yang kuat kepada Allah SWT sehingga membuat dia yakin bahawa apapun ketetapan yang Allah SWT. berikan untuk dirinya maka itulah yang terbaik baginya. Dengan keyakinannya ini Allah SWT. akan memberikan balasan kebaikan baginya berupa ketenangan dan ketabahan dalam jiwanya. Inilah yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam firman-Nya,

مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Maksudnya : “Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa (seseorang) kecuali denga izin Allah; 'Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk ke (dalam) hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah At Taghaabun ayat 11)

Ibnu Katsir mengatakan, “Makna ayat ini: seseorang yang ditimpa musibah dan dia meyakini bahawa musibah tersebut merupakan ketentuan dan takdir Allah, sehingga dia bersabar dan mengharapkan (balasan pahala dari Allah), disertai (perasaan) tunduk berserah diri kepada ketentuan Allah tersebut, maka Allah akan memberikan petunjuk ke (dalam) hatinya dan menggantikan musibah dunia yang menimpanya dengan petunjuk dan keyakinan yang benar dalam hatinya, bahkan boleh jadi Dia akan menggantikan apa yang hilang darinya dengan yang lebih baik baginya.”
(Tafsir Ibnu Katsir, 8/137)

Inilah sikap seorang mukmin dalam menghadapi musibah yang menimpanya. Meskipun Allah SWT dengan hikmah-Nya yang Maha sempurna telah menetapkan bahawa musibah itu akan menimpa semua manusia, baik orang yang beriman maupun orang kafir, akan tetapi orang yang beriman memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang kafir, iaitu ketabahan dan pengharapan pahala dari Allah SWT. dalam mengahadapi musibah tersebut. Tentu sahaja semua ini akan semakin meringankan beratnya musibah tersebut bagi seorang mukmin.

Dalam menjelaskan hikmah yang agung ini, Ibnul Qayyim mengatakan, “Sesungguhnya semua (musibah) yang menimpa orang-orang yang beriman dalam (menjalankan agama) Allah senantiasa disertai dengan sikap redha dan ihtisab (mengharapkan pahala dari-Nya). Orang mukmin pegangan mereka adalah sikap sabar dan ihtisab (mengharapkan pahala dari-Nya). Ini (semua) akan meringankan beratnya beban musibah tersebut. Kerana setiap kali mereka menyaksikan (mengingat) balasan (kebaikan) tersebut, akan terasa ringan bagi mereka menghadapi kesusahan dan musibah tersebut. Adapun orang-orang kafir, maka mereka tidak memiliki sikap redha dan tidak pula ihtisab (mengharapkan pahala dari-Nya). Kalaupun mereka bersabar (menahan diri), maka (tidak lebih) seperti kesabaran hewan-hewan (ketika mengalami kesusahan). Sungguh Allah telah mengingatkan hal ini dalam firman-Nya,

وَلا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لا يَرْجُونَ

Maksudnya : “Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya merekapun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari Allah apa yang tidak mereka harapkan.” (Surah An Nisaa’: 104)

Oleh kerana itu, orang-orang mukmin maupun kafir sama-sama menderita kesakitan. Akan tetapi, orang-orang mukmin mempunyai keistimewaan dengan pengharapan pahala dan mendekatkandiri kepada Allah SWT.” (Ighaatsatul Lahfan, hal. 421-422, Mawaaridul Amaan)

Sahabat yang dikasihi,
Sebagaimana ketentuan Allah SWT bahawa setiap apa yang ada di dunia ini berpasangan, seperti mana siang dan malam atau lelaki dan perempuan, begitu jugalah kesenangan dan kesukaran atau rahmat dan dugaan. Kita harus menerima hakikat bahawa kehidupan manusia akan selalu diuji oleh Allah SWT.

Kita perlu meletakkan keyakinan bahawa ujian seperti masaalah ditempat kerja, menghidap penyakit, masaalah rumah tangga, kemerosotan dalam perniagaan, perselisihan faham dengan ahli keluarga dan jiran tetangga adalah bertujuan untuk memantapkan nilai-nilai keimanan, ketakwaan, kesyukuran dan rasa cinta kita kepada-Nya.

Apabila kita yakin, dengan izin Allah SWT, segala permasalahan yang membelenggu diri akan dirungkaikan dan akhirnya kita berjaya menghadapi tekanan dengan tenang dan berjaya.

Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Fath ayat 4 maksudnya: "(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.'

Akhirkata hayatilah firman Allah SWT maksudnya :"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar." (Surah al-Baqarah ayat 153)

Tuesday, 14 October 2014

Ohh.. My Rainy Day...

Assalamualaikum..
Dan selamat sejahtera..
dah macam baca beritaa memalamm ni..

Hari ini agak panjang untuk aku..
hahaha.,
kenapa panjang?
sebab keje full?
hahahha..mestilah takk

ntah la..
td buat keje
tetibe perot rasaaa cm perit..
awat pulakk ni..
sekalii jeling jamm..
baikkk...
dah pukul 5.30 petang rupanya..
n aku lupa nak makan..
ok..
lupaaa ekhh..
hahahhaha... cm ta caye je
aah tapi hari ni mmg aku terlupa

agaknya kalau perut tak bunyi
harussss aku puasa 24 jam..
ngeh ngehh ngehh..

arini sensorang kat butik..
hehehe..
tu la meroyann sangat kot.
hahaha..
ruhana ruhanaa....
jangann la macam ni
penattt nk jadi gni..

sometimess.
bila jadi gini aku termenungg sendiri..
kenapa ntah..
dua tiga hari ni aku macam2 fikir..
banyakkknyaaa nak fikir smpaiii sakit kepala aku..

sampai senakkk kepala pikir semuanya
Ya Allah.. permudahkanlah segalanya..
Aku rasa kurang mampuu Ya Allah..
Boleh takk.
nak tidur..nk rehat dari pikir semua bende ni?

kalaulah aku ni umur  5 tahun
komfeemm dah pegiii memainn kat taman da..
hahahhaa..
having fun
tetibe~ krikk krikkk krikkk

dah la.
aku nak balik umah duluu..
dah nampakkk cerita2 yang boleh layan malam2 ni..
semoga aku sekuat Jannah dalam Cinta Jannah..
Semoga aku sesabar Ersalina dalam Setia Hujung Nyawa..
Semoga aku setabah Syaf dalam Cerita Aku sebenarnya Isteri Dia :))

Hheeh..
k la
got to go.
sorry ya miss D..
Cerita hari ni lately2 ni tak seronokk untuk diceritakan..
by the way.
u are my best friend..
of coz z i carikk u :))

heheheh

byeee muchukk <3

Monday, 13 October 2014

Alhamdulilah. kesat air mata. syukur

Assalamualaikum..
Monday blues sangat tau hari ini..
hehehe

semalam hari yang sangat seronok..
walaupun pelbagai dugaan yang jadi..
namun kami menghadapinya dengan penuh tabah..
ecewah..
halangann apee cik hana oi
awk tu co-pilot je
ahahaha...bukan deriveeeee pon...
siap tido sejam pegi sejam balik..
kemahenn..
tenderrr gamaknyaaaa..hahaha

tp kan..
bila tgk orang kawen..
one time aku akan happy sangat..
at one time sebak :))
sebak sebab terlalu happy :)) yeayyyy

harini bangun pg..
tiba2 hatii sangat sayuu..
terlalu sayuuu..
teringat kat benda2 yang aku penah kesali sebelum ni
teringat macam nak sambung belaja
teringat macam nk have my own business...

you know what..
banyak sangat yang aku teringat.

smpai ingt kat mak ayah aku terlalu kuat..
kalaulah aku boleh bahagiakn merekaa
kalaulah aku boleh buat mereka senyum setiap masa
alangkah indahnya hari2 aku ...

rasa macam dah tua
bila tengok apit dah sambung belajar..
ira dah nak habes diploma..
kesat air mata..
Ya Allah..
Terima kasih atas kasih sayang pinjamanmu.
semoga kami berjumpa semula di Jannah Mu..
InsyaAllah..

memang aku tak penahhhh cakap depan mereka
yang aku sayangggg sangat mereka..
sangat...
dear.. abah.. mama.. makwe..along.. kakzah.. ira..apit.. mr. N.M.A...
setiap hari saya titipkan doa
agar setiap hari kalian dikurniakan kebahagiaan di dunia
dan kebahagiaan di Akhirat kelak.
Saya tau saya tak mampu untuk membuat kalian bahagia dengan saya
tp saya cuma mengimpikan setiap hari ada senyuman di bibir kalian..
Ikhlas.. Atas nama Maha pencipta...

Harini entah kenapa..
sayuuu
sangatt..
hujan lebat kat luar pulak..
bertambahhh sayu jadinyaaa
MasyaAllah..
Macam tau2 yang aku sedang dilanda pelbagai rasa dalam hati
yess.. aku tak cerita..
sebab aku taknak bebankan siapa2 yang dengar cerita ni
yup..
InsyaAllah hati akan tabah,
setabah tabahnya...

aritu dapat 1 quoteeeee....

Good Relationships don't just happen.. They Take time.. Patience.. and Two People who truly want to be TOGETHER.. 



Lagu Yuna yang baru.. I really mean it dear :)) 
YUNA : Lautan 
Cinta ini tanda hati
Aku kau yang punya
Siapa sangka kita berdua
Bersama akhirnya
Oh biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh biarkan seluas lautan
Ku renangi jika aku kau perlukan
Oh biarkan kerna aku kau ada
Tiada cela engkau sempurna
Yang teristimewa
Seandainya tiada istana
Ku mencintaimu seadanya
Yeah
Oh biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh biarkan seluas lautan
Ku renangi jika aku kau perlukan
Oh biarkan kerna aku kau ada
Oh siapa sangka
Cinta yang kita bina
Akhirnya bersemi jua
Oh biarkan
Kerna kini kau ku ada
Oh biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh biarkan seluas lautan
Ku renangi jika aku kau perlukan
Oh biarkan kerna aku kau ada



ok.. nak smbung keje..
till then..
bye